OBJEKTIF & PIAGAM PELANGGAN


OBJEKTIF SEKOLAH


* Mewujudkan sebuah sekolah yang berkesan dan berkualiti.

* Semua murid dapat menguasai 3M apabila tamat Tahun 3 dan prestasi cemerlang dalam peperiksaan UPSR dari segi kualiti serta kuantiti.


* Semua murid Tahap II terlibat dalam kegiatan kokurikulum dan mengembangkan bakat mereka yang berpotensi dalam bidang masing-masing.


* Membimbing individu atau pasukan tertentu untuk menjadi juara diperingkat daerah atau negeri.


* Menjadikan semua murid berdisiplin, berakhlak mulia dan beramal soleh serta sedar diri terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing.


* Mengadakan kemudahan asas yang mencukupi dan selesa untuk digunakan.


* Mewujudkan persekitaran sekolah yang sentiasa bersih, ceria dan selamat.


* Mewujudkan hubungan yang strategik.



PIAGAM PELANGGAN


Kami akan sedaya upaya berusaha memberikan perkhidmatan dan pendidikan kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut:


* Berusaha menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.


* Berusaha memberi maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat.


* Berusaha memberi peluang belajar kepada semua murid dengan adil dan saksama mengikut kemampuan yang ada.


* Berusaha memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas 3M.


* Berusaha meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR.


* Berikhrar meningkatkan tahap disiplin, kebersihan dan keselamatan murid.


* Bermuafakat dengan ibubapa, guru-guru, kakitangan dan murid-murid untuk mencapai matlamat sekolah.


* Berusaha memberi kemahiran asas kepada murid-murid dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.


* Berikhrar dan berdoa supaya murid-murid yang keluar dari sekolah ini mempunyai ilmu, berakhlak mulia, beriman dan beramal soleh.